Mahathir dakwa DAP pengaruh besar dalam kerajaan

Selepas Hadi kini Mahathir cuba main sentimen perkauman

Mahathir dakwa DAP pengaruh besar dalam kerajaan

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa DAP mempunyai pengaruh yang besar dalam pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai parti tunggal terbesar dalam kerajaan.

Dalam catatan blog, Mahathir mengaitkan 40 kerusi Parlimen DAP dengan peratusan keluar mengundi yang “penting” dalam kalangan pengundi Cina.



Beliau mendakwa 95% pengundi Cina keluar membuang undi pada PRU15.

“Akibatnya, PH, dengan perwakilan bukan Melayu yang lebih besar, boleh mempunyai 82 ahli Parlimen. Sementara itu, walaupun menjadi penduduk majoriti, orang Melayu (tidak termasuk Melayu dalam PKR, DAP dan Amanah) hanya boleh memenangi 73 kerusi,” katanya.

Semakan di laman web Parlimen bagaimanapun menunjukkan terdapat lebih 73 ahli Parlimen Melayu.

Perikatan Nasional (PN) sahaja mempunyai 72 Ahli Parlimen Melayu, manakala Umno mempunyai 26. Terdapat juga lebih 10 Ahli Parlimen Melayu dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Tahun lepas, Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia mempertikaikan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa kadar keluar mengundi Melayu lebih rendah berbanding kaum lain pada PRU15.

Welsh berkata, data yang dikumpulnya menunjukkan Melayu membentuk peratusan pengundi tertinggi berbanding kaum lain.

Menurut analisisnya, kadar keluar mengundi pengundi Melayu pada PRU15 adalah 79% daripada jumlah pengundi yang layak, diikuti oleh pengundi India (78%), pengundi Cina (69%) dan kaum lain (59%). FMT

Mahathir dakwa DAP pengaruh besar dalam kerajaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker