Jaringan Safawi bertaraf Puskas

Jaringan Safawi bertaraf Puskas

Jaringan Safawi Rasid untuk gol ketiga negara ketika berdepan Kepulauan Solomon menarik perhatian komuniti bola sepak dunia.

Ini selepas laman sesawang terkenal bola sepak antarabangsa, B/R Football ‘berminat’ dengan jaringan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menciap mengenai gol terbabit menerusi akaun Twitternya.



Menerusi akaun Twitternya, B/R Football menyertakan klip video terbabit sambil menciap ‘menambah pemain Malaysia, Safawi Rasid dalam senarai Puskas.’

Jaringan pada minit ke-76 itu dianggap menarik bermula daripada kawalan bola yang kemas dari Safawi sebelum mengatasi dua pertahanan Kepulauan Solomon dan diakhiri dengan satu rembatan deras menerusi kaki kirinya.

Penjaga gol lawan, Phillip Mango yang beberapa kali menafikan percubaan Malaysia tidak memiliki jawapan untuk menyelamatkan rembatan ibarat peluru pemain kelahiran Terengganu itu untuk melebarkan jurang buat skuad Harimau Selatan.

Sebelum ini, penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.



Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti ‘banana kick’ disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland.

Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. BH

Jaringan Safawi bertaraf Puskas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….



Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker