Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Kes saman Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar sudah pun selesai.

Perkara itu disahkan Peguam Syarie yang mewakili pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais.



Azmi berkata, maklumat terperinci mengenai isu saman bagaimanapun tidak boleh didedahkan.

“Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman sivil yang mendakwa Ira mengganggu rumah tangganya.

“Penyelesaian sudah dibuat secara penuh dan muktamat, justeru tiada sebarang isu yang timbul antara kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kes saman difailkan terhadap Ira sebelum ini.



“Mengenai kes (saman) dengan dia, saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan, pihaknya masih belum dapat berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi barulah kami akan usulkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan confidential (sulit),” katanya.



Pagi tadi, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah, berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada jam 12.23 tengahari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. BH

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….



Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker