Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

 

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati, maut selepas terjatuh daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari, penunggang motosikal Ducati itu dikatakan dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Ulu Kelang.



Terdahulu tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat menunjukkan sebuah motosikal melawan arus dari arah MRR2 naik ke Lebuhraya SUKE.

Tidak lama selepas itu, motosikal ditunggang mangsa dirakam gagal dikawal dipercayai cuba mengelak motosikal yang melawan arus.



Motosikal mangsa merempuh pembahagi jalan sebelum dia tercampak ke bawah jejambat.Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker