Datasonic dijangka raih keuntungan tahunan tertinggi

Datasonic Group Bhd dijangka meraih satu lagi rekod pendapatan dan keuntungan bersih tertinggi bagi tahun kewangan 2024 (FY24) dipacu oleh permintaan kukuh untuk pasport dan MyKad dalam pasaran.

Menurut BIMB Securities Research dalam nota penyelidikannya, Datasonic telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri yang menyatakan peningkatan nilai siling bagi pembekalan cip pasport Malaysia, menjadikan jumlah nilai siling kontrak kepada RM387.8 juta daripada RM350 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, nilai siling kontrak tambahan itu adalah sebanyak RM37.5 juta, bersamaan dengan kira-kira 1.48 juta unit cip pasport, akan memastikan penghantaran pasport yang berterusan dan tidak terganggu kepada orang ramai berikutan permintaan kukuh untuk pasport di tengah-tengah pembukaan semula sempadan antarabangsa.



“Memandangkan purata penghantaran cip pasport bulanan kepada kerajaan untuk FY23 ialah 233,000, kami percaya ini akan mencukupi untuk penghantaran enam bulan (Jun-November), sebelum kontrak tamat pada 30 November 2023.

“Kami tetap yakin bahawa Datasonic akan terus menjadi calon pendahulu bagi kontrak pasport memandangkan rekod prestasinya yang kukuh,” katanya.

BIMB Securities mengekalkan anggaran pendapatannya ke atas syarikat itu disebabkan oleh kontrak berkenaan.

Berdasarkan unjurannya, firma penyelidikan itu menjangkakan Datasonic akan membekalkan secara purata 2.8 juta pasport untuk FY24 dan FY25.



“Kami mengulangi saranan “Beli” pada Datasonic pada harga sasaran 80 sen. Memandangkan prospek perniagaannya yang menarik, kami melihat harga saham semasa menawarkan nilai menarik untuk pelabur,” tambahnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….



Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker