Lelaki maut ditembak akibat dendam kongsi gelap

Lelaki maut ditembak akibat dendam kongsi gelap

Gaduh dalam kalangan kongsi gelap akibat dendam menjadi motif terhadap siasatan kematian seorang lelaki yang maut ditembak berhampiran Balai Polis Sungai Jarom di Kuala Langat, bulan lalu.

Siasatan tersebut termasuk berdasarkan keterangan saksi serta rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran dianalisis polis.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa juga terlibat dalam aktiviti pemerasan serta kegiatan lain melibatkan kumpulan berkenaan.

“Kita ada beberapa motif sama ada pergaduhan dan juga dendam atau aktiviti kongsi gelap.

“Polis juga percaya mangsa juga salah satu ahli kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan pemerasan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Program Kesedaran Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor, hari ini.

Beliau menambah, setakat ini keterangan daripada 18 individu direkodkan dan dua lelaki ditangkap pada 23 Mei lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.



Jelas Hussein, siasatan lanjut masih dijalankan dalam mengumpul keterangan sebelum pertuduhan boleh dilakukan pihaknya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod lampau mati ditembak berhampiran balai polis Sungai Jarom, Kuala Langat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam pada 18 Mei lalu, mangsa berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian dengan empat kesan tembakan di kepala. Utusan

Lelaki maut ditembak akibat dendam kongsi gelap



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker