Elok Annuar Musa ajak anak masuk PAS

Elok Annuar Musa ajak anak masuk PAS

Annuar Musa yakin beliau tidak akan bertembung dengan anaknya, Afiq Amani untuk merebut kerusi pada PRN Kelantan bulan depan.

Ini kerana, kata pengerusi Muafakat Nasional itu, Afiq yang juga ketua Pemuda Umno Ketereh adalah penyokong kuatnya.



“Tak payah kalau-kalau (bertembung merebut kerusi), itu tidak akan berlaku, percayalah. Anak saya adalah penyokong kuat saya.

“Kita lihat perkembangannya, tunggu dan lihat nanti,” katanya menurut Berita Harian selepas Ceramah Mega Pakat Pertahan di Bachok malam tadi.

Afiq Amani dilaporkan antara 155 nama dihantar Barisan Nasional (BN) Kelantan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRN Kelantan 12 Ogos ini.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Zawawi Othman mengesahkan Afiq antara nama dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon dalam sebuah DUN di bawah Parlimen Ketereh.



Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pula dilaporkan berkata, nama Annuar mungkin dalam senarai calon yang bakal dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama untuk tapisan.

Sekiranya Annuar Musa yakin dan memang betul anaknya adalah penyokong kuat beliau, buat apa duduk dalam UMNO lagi, ikutlah ayah sertai PAS.

Elok Annuar Musa ajak anak masuk PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker