Fouziah Gous nafi ‘cuci duit’

Fouziah Gous nafi ‘cuci duit’

PELAKON dan pengacara, Datin Fouziah Gous menyangkal dakwaan terlibat dengan sebarang unsur penggubahan wang haram dalam perniagaan seperti yang dikatakan oleh netizen malah turut dikaitkan dengan selebriti lain.

Jelas Fouziah atau Nor Fouziah Mohd Gous, dia mendedahkan bahawa dia menggunakan modal sendiri sejak terlibat dalam dunia usahawan ini bermula pada tahun 2008.



“Sebenarnya saya tak faham dengan isu cuci duit ni sebab saya sendiri tak banyak baca tentang tu. Saya mula berniaga dengan modal sendiri tanpa ada sebarang pelabur pun.

“Pelabur sendiri pun tak ada yang datang dekat saya dan tak ada yang nak jadikan ia sebagai jalan untuk cuci duit. Walaupun saya memang jual produk dengan harga murah tapi saya tak guna istilah cuci duit, memang modal saya sendiri,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, pelakon yang berusia 41 tahun itu turut berpesan kepada mana-mana rakan selebriti supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam melibatkan diri dalam perniagaan supaya tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, pelakon filem Ratu The Movie itu menyatakan bahawa bidang perniagaan ini telah membuka matanya mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal pengurusan.



“Setiap selebriti kena semak dahulu latar belakang mana-mana pihak yang mahu menjadi pelabur. Kita ada badan bertanggungjawab yang ditugaskan untuk lakukan perkara itu supaya tak ada yang kena tipu nanti.

“Apa yang saya lihat sekarang memang ramai selebriti baru mula berniaga dan saya rasa tak salah pun sebab banyak perkara boleh dipelajari melalui perniagaan,” katanya.

Pengacaraan cara ubati rindu

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Impak Maksima The Series itu akui merindukan bidang seni terutamanya lakonan tetapi dapat melepaskan rindu melalui pengacaraan yang ditawarkan oleh Astro Go.



Katanya, sebelum ini, dia banyak melakonkan pelbagai karakter yang membuatkan dirinya kini bersikap lebih selektif dalam pemilihan watak lakonan.

“Sebenarnya saya rasa adalah faktor yang masa yang tidak mencukupi untuk ruang lakonan malah disebabkan watak pun merupakan sebab saya dah lama tak berlakon.

“Sebelum ni saya dah pernah berlakon dalam pelbagai watak, jadi kalau saya nak berlakon balik, saya nak watak yang lain daripada yang lain supaya hasilnya berbaloi tapi saya tak janji untuk berlakon semula kalau diberikan watak menarik pun.

“Saya masih lagi ditawarkan menjadi pengacara di Astro Go, saya dah bagaikan staf dekat sana sebab turun kerja tiga hingga ke empat kali seminggu. Saya sangat menikmati kehidupan saya sekarang dan tak ada istilah bosan sebab saya buat perkara yang saya suka,” jelasnya ketika ditemui di Majlis Perasmian Feel Good Fast Food di sebuah restoran yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur.



Bagaimanapun, Fouziah akui suaminya,Datuk Md Zhafran Md Yusof memberi sokongan penuh terhadap kariernya malah menggalakkan untuk dirinya membuat perkara yang dia suka. Utv

Fouziah Gous nafi ‘cuci duit’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker