Lelaki ‘lunyai’ dibelasah pasukan pengawal timbalan presiden

Sekumpulan anggota bersenjata berpakaian biasa yang ditugaskan untuk melindungi Timbalan Presiden Afrika Selatan, Paul Mashatile dirakam mengheret seorang lelaki keluar dari keretanya sebelum memijak kepalanya sehingga mangsa tidak bergerak, lapor laman berita Wion News semalam.

Rakaman itu menunjukkan penglibatan kira-kira tujuh anggota dengan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka menendang dan menghentak lelaki berkenaan, manakala dua lagi dilihat memegang raifal mereka.

Video serangan itu dipercayai dirakam oleh seseorang yang duduk di dalam kereta lain tetapi tidak terlibat dalam kejadian tersebut. Ia disiarkan di platform mikroblogging.



Semalam, Pejabat Timbalan Presiden mengesahkan bahawa kumpulan anggota terbabit adalah sebahagian daripada pasukan keselamatan yang melindungi Mashatile.

Kenyataan tersebut menyebut bahawa insiden itu berlaku di Johannesburg pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan, anggota-anggota yang terlibat dalam insiden itu adalah daripada Briged Cahaya Biru dan terkenal di Afrika Selatan kerana mempunyai reputasi menggunakan kekerasan.

Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) berkata bahawa pihaknya akan mengambil keterangan mereka sebagai sebahagian daripada siasatan. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker