‘Call centre’ sindiket pelaburan bitcoin diserbu, 10 diberkas

Bitcoin cryptocurrencies and graph statistic background

Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto yang menyasarkan warga China selepas menyerbu dua buah kondominium yang dijadikan ‘call centre’ atau pusat panggilan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, operasi pada pukul 2 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Cheras berjaya menahan 10 lelaki warga asing.

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia 19 tahun hingga 41 tahun dipercayai bertindak pegawai khidmat pelanggan dan menggunakan aplikasi Telegram untuk menjerat mangsa mereka.

“Semakan mendapati hanya suspek utama mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.



“Sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Mei lalu dan pekerjanya akan mencari pelanggan bagi menawarkan pakej pelaburan matawang bitcoin.

“Ahli sindiket akan menerima komisen sebanyak 10 sehingga 15 peratus dari setiap pelaburan yang dilakukan mangsa sindiket,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Tambah Zam Halim, pihaknya merampas lima buah komputer riba, 21 buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit modem dan route.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 120B Kanun Keseksaan.



Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Jumaat ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker