Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi

Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi

Dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa kembali menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menarik sokongan pengundi.

Bagaimanapun, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, langkah mereka itu dilihat bersifat hipokrit kerana sebelum ini, mereka sendiri yang mengkhianati orang Melayu.



Menurut beliau, pengkhianatan dilakukan Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Abdul Hadi adalah ketika masing-masing berada di tampuk kuasa setelah dipilih rakyat.

“Mahathir, Muhyiddin dan Abdul Hadi kembali meratib isu Melayu dan Islam apabila mereka sudah habis modal untuk terus yakinkan orang Melayu supaya mengundi Perikatan Nasional (PN) walaupun mereka sendiri khianati orang Melayu secara terancang sepanjang tempoh berkuasa.

“Saya pasti rakyat sudah nampak jelas kemunafikan PN yang kononnya merekalah yang paling bersih, paling suci dan paling mulia. Pengundi di enam negeri itu akan hukum sikap hipokrit PN pada PRN nanti. Kita tunggu dan lihat saja nanti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Abdul Halim, tindakan dibuat mereka itu membuktikan bahawa kepemimpinan PN sudah kehabisan modal untuk serang UMNO mahupun Pakatan Harapan (PH) kerana isu rasuah dan penyelewengan sudah tidak relevan.



“Lagipun kalau PN nak jaja cerita dan tuduhan pasal rasuah, penyelewengan, penyamun ataupun perompak, semua itu akan ‘back fire’ kepada mereka, seperti meludah kahak ke langit akan tertempek semula kat muka pemimpin PN sendiri.

“Rakyat sudah sedar betapa kotor, jijik dan busuknya PN di sebalik manifesto Bersih dan Stabil yang mereka laungkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Bersihnya PN sampai mereka sapu bersih duit rakyat dan betapa stabilnya kewangan mereka semasa dan selepas PRU-15 dengan hasil rompakan tersuci yang mereka buat.

“Jadi suka atau tidak, PN akan terus jadikan keberadaan UMNO bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan sebagai modal kempen mereka untuk PRN kali ini bagi meraih undi orang Melayu,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tebrau turut memberitahu, PN akan terus menggunakan elemen Islam, Melayu dan Raja sebagai bahan kempen dengan cara menakutkan orang Melayu.



“DAP akan jadi ‘punching bag’ bagi PN untuk terus menggasak kerjasama BN dan PH pada PRN nanti. Mereka labelkan UMNO parti yang khianati orang Islam dan Melayu. Melayu akan terancam bila UMNO dan DAP terus bersama dalam kerajaan. Islam akan tergugat sebab UMNO sudah bersekongkol dengan DAP. Kedudukan raja-raja Melayu akan tercemar kerana UMNO akan tunduk kepada DAP yang mahu tukar negara jadi Malaysia Malaysian.

“Itulah antara fitnah biasa yang dimainkan oleh puak-puak PN selama ini dan ia pastinya akan diteruskan lagi dalam siri kempen atau ceramah mereka terutamanya di kawasan majoriti Melayu,” jelasnya. Utusan

Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker