Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia

Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia

Satu perkara tidak dapat disangkal, selain berbakat besar, sedap mata memandang dan kontroversi menjadi kelebihan untuk seseorang selebriti menempa populariti sepantas kilat.

Paling hangat dan sensasi sudah tentu menjadi milik pelakon kacukan Melayu, Pakistan dan Cina, Sophia Albarakbah apabila namanya pernah terkait dengan isu dakwaan menjadi ‘orang ketiga’ hingga memalitkan kekecohan, beberapa bulan lalu.



Pun begitu, wanita berusia 30 tahun ini tidak mudah melatah, sebaliknya Sophia dilihat tenang menepis kontroversi yang menghambat dirinya.

Tidak mahu hanya dipandang disebabkan kontroversi, sebaliknya Sophia mahu peminat mengenalinya disebabkan hasil kerja seninya.

Begitupun, kata Sophia, sebagai selebriti, dia tidak boleh lari daripada kontroversi, malah mengakui tidak kisah seandainya ada yang berpendapat namanya dipilih sehingga layak ke kelompok Top 5 disebabkan kontroversi.

“Saya gembira kerana peminat menyokong dan menghargai saya. Sesungguhnya, saya tidak meletakkan apa-apa harapan.



“Tetapi, apabila dimaklumkan nama saya berjaya melangkah ke Top 5 di samping nama hebat lain, tentunya saya amat terkejut.

“Saya berterima kasih kepada peminat yang bersusah payah mengundi, ini bermakna bakat dan hasil seni saya diiktiraf,” katanya.

Bagi Sophia, menang atau kalah itu tidak penting. Berada dalam kelompok Top 5 seiring dengan nama hebat lain pun sudah cukup bernilai buatnya.

“Saya akan terus memberikan hasil lakonan terbaik buat peminat.



“Dari segi strategi, saya tiada sebarang strategi, lagipun kini sedang sibuk dengan penggambaran di Jepun untuk drama bersiri, From Saga With Love terbitan Viu,” katanya yang berjaya membolosi kategori Aktres Filem Wanita Popular dan BBNU Wanita Popular. BH

Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker