Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai

Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan ini sebagai tanda penghargaan kepada penumpang perkhidmatan itu.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan promosi itu yang terbuka khusus kepada warganegara Malaysia bertujuan memberi peluang penjimatan kepada orang awam serta merancakkan industri pelancongan dalam negara.



“Tawaran istimewa tersebut boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

“Pengguna boleh membuat pilihan pembelian perjalanan sama ada sehala atau dua hala untuk ke mana-mana destinasi ETS,” menurut kenyataan itu.

Pemberian diskaun melibatkan tarikh-tarikh tertentu khusus bagi tiket kategori dewasa dengan menggunakan kod promo mengikut tarikh iaitu pada 11 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY11), 12 Julai (TRAVELLOKALJULY12), 13 Julai (TRAVELLOKALJULY13), 18 Julai (TRAVELLOKALJULY18).

Bagi tarikh 19 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY19), 20 Julai (TRAVELLOKALJULY20), 25 Julai (TRAVELLOKALJULY25), 26 Julai (TRAVELLOKALJULY26) dan 27 Julai (TRAVELLOKALJULY27).



Baca artikel berkaitan: Aidiladha: KTMB sedia 912 tiket tren khas ke Pantai Timur

Sementara itu, bagi menghargai golongan warga emas, KTMB turut menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM5 daripada jumlah tambang perjalanan bagi semua perkhidmatan ETS termasuk kelas perniagaan.

Menurut KTMB, promosi tersebut telah bermula sejak 1 Julai lepas dan boleh digunakan sehingga Disember ini.

“Ketika ini, KTMB turut menawarkan potongan harga tiket sebanyak 50 peratus daripada harga asal kepada semua golongan warga emas warganegara Malaysia yang telah membuat pendaftaran melalui aplikasi KTMB mobile bagi semua perjalanan menggunakan perkhidmatan KTMB,” menurut kenyataan itu.



Warga emas yang telah mendaftar konsesi perlu menggunakan kod promo PRIHATINEMAS semasa membuat pembelian tiket bagi menikmati tawaran istimewa berkenaan yang boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap Selasa sehingga Khamis.

Kod promo boleh dimasukkan di semua medium pembelian tiket di kaunter tiket, kios, laman sesawang KTMB dan aplikasi KITS semasa membuat pembelian, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan kepada pengguna yang layak.

Maklumat lanjut di laman sesawang www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200.

Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker