Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Wan Mahussin berkongsi panggilan video Tengku Mahkota Johor di media sosial beliau pada Isnin.

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

KOTA BHARU – Ketua Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain tidak menyangka Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menonton video dan gerakannya di media sosial.

Wan Mahusin yang juga pencipta kandungan di beberapa platform media sosial akui teruja kerana TMJ berkenan menghubunginya melalui panggilan video Isnin lalu untuk bertanya khabar dan berkongsi isu semasa.



Beliau berkata, perbualan bersama baginda akan menjadi kenangan paling istimewa sepanjang bergerak aktif dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sudah pasti saya begitu teruja mendapat panggilan daripada Tunku Ismail dan sungguh bertuah kerana terpilih untuk bercakap dengan baginda. Ini merupakan peluang keemasan untuk saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kongsinya lagi, melalui perbualan itu, baginda meluahkan kesedihan melihat masyarakat Melayu bertelagah untuk kepentingan politik semata-mata.

Justeru, kata Wan Mahussin, TMJ berharap masyarakat Melayu dapat bersatu bukan atas kepentingan politik semata-mata tetapi cintakan bangsa.



“Baginda turut mengucapkan tahniah kepada saya kerana berani bercakap mengenai isu rakyat terutama perpaduan demi agama dan bangsa,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Idealis Anak Muda Kelantan itu turut memberitahu, Tengku Mahkota Johor berkenan menyampaikan pesan dan memberi sokongan atas usaha beliau bersuara mewakili rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

“Insya-ALLAH, baginda berkenan untuk bertemu saya selepas pulang ke Malaysia nanti,” katanya.

Wan Mahussin memuat naik video berdurasi kira-kira lima minit di Facebook beliau tiga hari lalu yang mendapat 1.8 juta tontonan. Sinar



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak



Related Articles

One Comment

  1. terbaik.. terima kasih.
    sebaiknya untuk memilih kenderaan yang anda minat, sila buat carian dahulu. senarai harga kereta proton, sebagai cth harga x90, harga x70, harga x50, harga exora, harga persona, harga iriz dan harga saga.

    anda boleh semak dulu, sebelum membuat pembelian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker