Sertai PN, MCA jawab NO

Sertai PN, MCA jawab NO

Presiden MCA Wee Ka Siong tidak berhasrat untuk melayan pelawaan PN supaya MCA dan MIC menyertai gabungan itu.

Dalam ciapannya, hari ini, Wee berkongsi laporan berita tentang jemputan Sanusi dan menjawap ringkas: “No (Tidak).”



Sanusi menghulurkan undangan itu susulan kenyataan MCA dan MIC bahawa mereka tidak akan menyertai pilihan raya negeri akan datang.

Penolakan tegas itu senada dengan pendirian setiausaha agung parti berkenaan Chong Sin Woon yang berkata MCA tidak ada rancangan sedemikian untuk meninggalkan BN.

Katanya, keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri tidak ada kaitan dengan komitmen MCA kepada BN.

“Oleh itu, tidak timbul soal menyertai pakatan lain,” katanya kepada Malaysiakini.



Terdahulu, senator MCA Ti Lian Ker berkata keputusan parti untuk tidak bertanding adalah satu pengorbanan bagi memastikan pilihan raya negeri tidak akan dicemari dengan retorik perkauman dan agama yang memecahbelahkan itu.

Pilihan raya negeri akan diadakan di enam negeri, iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian serentak pada 12 Ogos ini.

Ia adalah kali pertama bekas seteru, BN dan Pakatan Harapan (PH) akan bertanding sebagai rakan sekutu. Mk



Sertai PN, MCA jawab NO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker