Makanan punca sakit kepala

Makanan punca sakit kepala

PENING kepala pernah dialami hampir semua orang, tetapi penyebabnya masih misteri kerana tiba-tiba sahaja kita berasa kepala menjadi pening. Tidak dinafikan keadaan itu sering terjadi ketika kita stres dan tertekan.

Ada juga yang mengalami pening disebabkan makanan tertentu, cuaca yang terlalu panas atau sejuk dan juga faktor-faktor lain kerana penyebabnya berbeza bagi setiap orang.



Sudah pasti kepala yang pening akan menyebabkan kita sukar menguruskan kehidupan harian sehingga terpaksa makan ubat atau tidur bagi meredakan kesakitan itu.

Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pening adalah keadaan yang mana kita berasa dunia sedang bergerak mengelilingi kita.

“Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga dan juga jangkitan kuman sehingga berlaku keradangan dalam telinga serta serangan migrain.

“Selain itu, dalam kes-kes yang jarang berlaku, pening kepala adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.



“Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) turut menyebabkan pening. Malah, makanan tertentu juga boleh mencetuskan rasa pening bagi segelintir individu,” kongsi beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Dr. Zubaidi menyeraikan empat makanan yang boleh menyebabkan pening kepala seperti berikut:

1. Makanan masin

Garam yang banyak dalam makanan seperti dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej dan keju boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.



2. Gula berlebihan

Sebenarnya gula berlebihan di dalam makanan dan minuman yang dijual secara komersial sangat tidak baik untuk kesihatan kita kerana ia juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.

Periksa kandungan gula sebelum diambil, buat keputusan bijak untuk kesihatan tubuh badan kita.

3. Makanan yang mencetuskan migrain



Bagi individu yang sedia mengalami migrain, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migrain juga boleh membuatkan mereka berasa pening.

Oleh itu, mereka yang sering mengalami migrain dinasihatkan agar mencatatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening kerana setiap individu tidak sama.

4. Kafein dan alkohol

Walaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafen akan berasa sakit kepala dan pening.



Umum mengetahui kafein boleh menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung akan mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening. Relevan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker