Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah

Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah

Pelakon, Nora Danish tampil anggun dan jelita selepas mengenakan sepasang jubah dan tudung ketika menghadiri sebuah majlis ilmu bersama rakan baiknya yang lain, semalam.

Lebih istimewa, Nora berkata, dia sudah lama berhajat untuk menyarung hijab yang merupakan pemberian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ketika arwah masih hidup.



“Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu hari ini.

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Mari kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah Siti Sarah dan kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita,” tulisnya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama, pelakon Polis Evo 3 itu memuat naik gambar bersama tetamu lain yang lengkap berjubah dan bertudung serta merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar yang mencurahkan ilmu.

“Terima juga pada Ustazah Jiha atas segala ilmu dan doa. Setiap kata-kata, Masya-Allah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir.



“Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati-Nya,” kongsinya.

Penampilan Nora ternyata mendapat pujian warga maya dan ramai mendoakan agar ibu tiga anak itu akan menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.

“Semua cantik-cantik dan akan sampai masa semua akan kembali ke jalan Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT,” kata pengguna media sosial.

“Cantik sangat @noradanish, semoga Allah bukakan pintu hati Nora untuk terus sempurna menutup aurat, Amin,” tulis netizen. Utusan



Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker