Hukum keluar air mazi ketika solat

Hukum keluar air mazi ketika solat

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang air mazi. Malu untuk saya bertanya, namun saya perlu juga bertanya. Apakah sah solat saya sekiranya ada air mazi masih meleleh walaupun sedikit?

Sering kali saya mengeluarkan air mazi yang banyak selepas kahwin, walaupun hanya menyentuh isteri. Mohon panduan.



JAWAPAN:

Wa’alaikumussalam,Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Ulama bersepakat bahawa air mazi dikategorikan sebagai najis. Ia keluar dari kemaluan dan hukumnya membatalkan wuduk.

Jika sedang melakukan solat pada ketika itu dapat dirasai keluarnya air mazi tersebut serta kelihatan tanda-tandanya walaupun sedikit, maka batal solat.



Wajib memberhenti solat ketika itu dan dikehendaki membasuh kemaluan serta kain yang terkena air mazi. Bagi mengulangi solat, perlu berwuduk semula kerana solat pada sebelum itu adalah tidak sah.

Jika anda ragu-ragu ketika sedang solat, timbul syak adakah air mazi keluar atau tidak? Saudara tidak perlu berhenti solat hingga benar-benar yakin bahawa ia telah keluar kerana menurut kaedah:

“Yang yakin tidak akan hilang kerana suatu syak(keraguan).”

Kaedah ini bersumber daripada sebuah hadis:



“Daripada ‘Ubbad bin Tamim meriwayatkan, daripada bapa saudaranya yang bertanya Nabi SAW tentang seorang lelaki yang ragu-ragu semasa sedang solat; adakah keluar daripada punggungnya sesuatu atau tidak? Nabi SAW menjawab; “Janganlah dia keluar dari solatnya sehinggalah dia terdengar bunyi (kentut) atau mendapati keluar angin.” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sebaik sahaja selesai solat kemudian terlihat air mazi pada kain, maka wajiblah mengulangi solat (setelah membasuhnya dan mengambil wuduk).

Ini kerana, kewujudan air mazi itu tiada syak bahawa keluarnya adalah semasa sedang solat.

Namun begitu, setelah beberapa lama (selepas solat) baru ternampak air mazi itu atau dengan cara memicit zakar sehingga keluar air mazi, maka tidak perlulah mengulangi solat.
Ini kerana, air mazi tersebut ternyata keluar selepas selesai mengerjakan solat. Wallahualam. K Online



Hukum keluar air mazi ketika solat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker