Hadi disiasat Bukit Aman isu 3R

Hadi disiasat Bukit Aman isu 3R

Polis sedang menyiasat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang atas kenyataan dipercayai menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja).

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, G S Suresh Kumar berkata, Hadi dalam kenyataan di Facebooknya Sabtu lalu mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan berdasarkan tafsiran penjajah menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.



Beliau berkata, isu itu turut diulas dalam artikel diterbitkan sebuah portal pada tarikh sama.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. FMT

Hadi disiasat Bukit Aman isu 3R



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker