Ernie Zakri ke Hollywood?

Ernie Zakri ke Hollywood?

HANYA jauhari yang tahu menilai manikam. Seperti syarikat rakaman antarabangsa Universal Music Malaysia yang mengenal betapa mahal potensi yang ada pada penyanyi asal Kuala Lumpur bernama Ernie Zakri.

Ernie adalah antara penyanyi kebanggaan negara hari ini dengan vokal yang padu, karisma memukau di atas pentas dan keunikan sentuhannya dalam lagu-lagu yang dihasilkan.



Dengan pencapaian membanggakan bergelar anak seni di Malaysia, rugi sekiranya bakat Ernie hanya dikongsi di tanah air sendiri.

Oleh itu, tahun 2023 menjadi percaturan baharu buat penyanyi Aku Cinta ini. Bersama-sama Universal Music Malaysia, Ernie bersiap siaga kehadapan menempuh selok sukar dan peluang baharu yang boleh meletakkan namanya sebagai seorang artis antarabangsa.

SEDIA TEMBUS PASARAN GLOBAL

Ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini, gadis genit itu mengakui sedikit beremosi namun teruja dengan episod baharu karier nyanyian solonya kali ini.



“Banyak yang saya lalui secara domestik, di masa hadapan saya fikir sudah masanya untuk kita cuba pasaran muzik global. Bersama Universal Music Malaysia ini adalah langkah berani untuk mengetengahkan lagi bakat saya.

“Tidak dinafikan kita memang memasang angan-angan ke Hollywood. Namun pada masa ini, kita fokus dahulu kepada Asia dahulu.

“Ada beberapa perancangan yang sudah kami jalankan bersama antaranya kita sudah merancang untuk bekerja dengan penerbit lagu billboard di luar negara untuk album baharu saya. Namun semuanya dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Menembusi pasaran global bermaksud Ernie akan bersaing dengan lebih variasi muzik, kepelbagaian gaya penulisan lirik dan keberagaman vokal.



Namun, pemenang piala vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 itu nampaknya bersedia dan yakin dengan karya baharu iaitu sebuah album berbahasa Inggeris yang akan muncul November ini.

“Sekarang memang kami sedikit tergesa-gesa untuk melunaskan album ini. Ada beberapa lagu yang sudah dirakam dan selebihnya menunggu giliran. Selain itu kami sibuk untuk merangka konsep dan cenderahati.

“Dari segi muzik pula, orang mungkin sudah kenal muzik dan cara saya bagaimana. Album baru nanti saya akan tampilkan kelainan agar ia kedengaran lebih matang daripada segi susunan dan penceritaan,” tambahnya.

TERFIKIR BERHENTI BERNYANYI



Mengenang semula perjalanannya bergelar anak seni sehingga hari ini, Ernie tersenyum ketika bercerita mengenai pengalamannya yang hampir putus asa dalam bidang nyanyian.

“Waktu itu saya masih muda, umur 23 tahun. Saya sudah ada sebuah album dan 20 buah lagu namun masih belum dapat perhatian. Saya mahu berhenti bernyanyi dan jadi guru muzik sahaja.

“Saya salahkan semua orang sedangkan itu semua adalah rezeki, masa saya belum sampai.

“Saya bertuah sebab saya dengar cakap mak dia kata jangan berhenti. Ibu ada firasat mungkin impian anaknya boleh terkabul,” dedahnya.



Pengalaman lalu mengajar Ernie untuk sentiasa mencari peluang baharu dan memahami apa yang diinginkan pasaran muzik dunia pada hari ini.

“Ketika itu sebenarnya semua orang sudah aktif membuat lagu saduran di Youtube. Namun saya tak ambil tahu perkembangan semasa dan salahkan semua orang kenapa lagu saya tiada orang dengar.

“Selepas itu saya melihat DJ Fuzz punya muzik digemari ramai dan saya mula berkolaborasi untuk lagu Jangan Marah. Itulah saatnya orang mula perasan saya dan memasuki program Duo Star bersama-sama Syamel. Jadi, jangan sombong,” katanya. Utusan

Ernie Zakri ke Hollywood?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker