Setengah jam kaki tersepit

Setengah jam kaki tersepit

Kuala Selangor: Akibat tergelincir ketika mahu membuang air besar, seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 30 minit apabila kakinya tersepit dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Sri Rambai, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.42 malam.



“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersepit pada bahagian kaki kirinya di dalam lubang tandas jenis cangkung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan memecahkan mangkuk tandas menggunakan peralatan khas.

“Ahli keluarga sebelum itu berusaha mengeluarkan kaki mangsa namun gagal.



“Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya. HM

Setengah jam kaki tersepit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker