Hawra Uqaira nama anak Kamal dan Uqasha

Hawra Uqaira nama anak Kamal dan Uqasha

Pasangan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose berkongsi nama puteri sulung mereka iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia tiga minggu.

Pendedahan eksklusif berkenaan dibuat pasangan terbabit menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, hari ini.



Kamal mendedahkan nama Hawra dipilih kerana membawa erti suci seperti cantik, putih dan bersih manakala Uqasha pula memilih Uqaira.

“Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira… Kita ambil seorang satu. Adillah, tak payah berebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik,” katanya.

Uqasha pula berkata, nama Uqaira membawa maksud kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, selain ada makna harum dan wangi.

“Uqaira maksudnya kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi,” kata Uqasha ringkas.



Tidak mahu meletakkan nama terlalu panjang, Kamal berkata semua orang kini memanggil anak mereka, Uqaira memandangkan sudah diumumkan terlebih dahulu kepada keluarga.

“Ini yang mana, nama Uqaira sudah diumumkan terlebih dahulu. Maka, habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra. Nama tak boleh panjang-panjang sangat.

“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” kata Kamal lagi.

Menerusi program itu, turut dikongsikan detik Kamal menemani Uqasha di wad bersalin sebelum melahirkan cahaya mata pertama mereka.



Paling teruja ketika detik Kamal, azan di telinga kanan anaknya kemudian memberikan semula bayi comel itu kepada Uqasha.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama Uqasha keguguran ketika dia mengerjakan ibadat umrah selepas beberapa bulan berkahwin disusuli insiden kedua pada November 2022. HM

Hawra Uqaira nama anak Kamal dan Uqasha



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker