Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru

Tindakan sepasang ibu bapa menyediakan barang perhiasan berupa gelang tangan jenama popular kepada guru anaknya bersempena dengan sambutan hari guru pada esok, tarik perhatian orang ramai.

Melalui perkongsian video di laman TikTok @nurashikindin, hadiah hari guru yang berisi gelang perhiasan jenama popular itu dibeli khas untuk 10 orang guru pengajar anaknya yang masih berusia 7 tahun itu

“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru lelaki dan perempuan), 10 orang gurunya,” kata Nurashikin.



Difahamkan, sudah menjadi rutin buat mereka sekeluarga pada setiap tahun, untuk meraikan para guru dengan menyediakan pelbagai jenis hadiah istimewa malah sering dilihat tidak berkira walaupun memberi dalam kuantiti yang banyak.

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Rata-rata pengguna TikTok turut memuji kesungguhan mereka dalam menghargai guru sehingga sanggup berbelanja barangan mahal sempena sambutan itu.



“Syabas ibu bapa didik anak-anak supaya murah hati dalam memberi. Ikut kemampuan masing-masing, walaupun dengan ucapan ‘terima kasih’ sahaja, sudah cukup untuk sejukkan hati para guru,” kata @Jamilah Hassan.

“Semua orang kalau mampu, pasti nak buat benda sama sebab seronok dapat berkongsi rezeki. Mudah-mudahan satu hari nanti saya pun boleh berbagi lebih dari sekarang, Insya-Allah,” komen @Yunnie Yaacob.

“Hadiah ni ikut kemampuan..yang penting nilai menghargai guru tu dapat diterapkan dalam diri anak-anak. Sekarang giliran anak pula, hari ni saya buatkan kek batik letak riben untuk muallim dan muallimah,” ujar @Anak Mak Chantek.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz



Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker