Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)

Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz

Aliff Aziz mengakui dia seorang pendosa yang jujur, serta seorang yang curang atau ‘makan luar’ sebab jiwa dia rasa kosong.

Perkara itu diluahkan Aliff Aziz kepada Melodi. Dia mempersoalkan tindakan isterinya, Bella Astillah yang baru baru ini menyatakan ‘no comment’ di atas apa yang berlaku.



Menurut Aliff Aziz, kenapa tidak dari dulu Bella berbuat demikian untuk membolehkan mereka menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga mereka secara diam diam.

Selain itu Aliff Aziz tidak mahu menceraikan Bella Astillah kerana ada banyak pertimbangan yang dia buat.

Aliff Aziz menyatakan: “Ya saya curang. Memang saya banyak buat silap. Dia ibu kepada anak anak saya. Perlukan perbincangan.

“Apa yang jadi selepas itu nanti saya yang kena tanggung.



“Untuk kes khalwat, saya bukannya diamkan diri. Kes itu masih dalam siasatan. Saya tak pernah lari malah mengakui bahawa itu satu kesalahan.”

Aliff kemudian melabel Bella sebagai seorang isteri yang selalu minta cerai walaupun perkara yang remeh.

Aliff Aziz juga kecewa dengan Bella Astillah

Dipetik daripada Oh Bulan, Aliff Aziz berkata: “Memang betul benda itu berlaku sebelum tangkapan berlaku.



“Kalau nak cerita, biar cerita penuh. Kenapa tak cerita pasal sebelum itu. Sewaktu saya sedang berusaha untuk perbaiki rumah tangga. Jangan kata rumah tangga hancur sebab saya shooting.

“Benda ni sebelum shooting lagi.

“Bella pernah minta cerai dan tarik balik. Benda itu berlaku bulan Disember saya mula shooting bulan Januari. Perceraian yang diminta bulan Februari.

“Dia tarik balik sebelum saya shooting dengan Ruhainies. Benda kecil-kecil pun dia minta nak cerai.”



Aliff kemudian menambah, ketika itu jiwanya menjadi sangat kosong. Dan itu yang membuatkan dia tak dapat kawal diri lalu berlaku curang. Lalu dia menegaskan dia kesal dengan apa yang berlaku.

Seterusnya Aliff Aziz terbuka memarahi Muaz Zabir yang berselingkuh dengan isterinya.

Ditanya sama ada Aliff Aziz seorang pendosa yang jujur atau pembohong yang munafik dia menjawab: “Dengan apa yang sudah didedahkan, saya adalah pendosa yang jujur InsyaAllah.” Vc

Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker