Anak luar nikah Halim Othman

Myra Natasya membuat pengakuan tersebut.

Anak luar nikah Halim Othman

Myra Natasya membuat kenyataan mengejutkan netizen apabila mengakui dia anak luar nikah Halim Othman.

Sebelum ini Myra Natasya pernah berkongsi bahawa dia sebenarnya anak kepada penyampai radio legenda, Halim Othman. Ketika itu Myra menyatakan bahawa ibunya dan Halim Othman bernikah di Thailand.



Namun tidak lama selepas itu mereka berpisah membuatkan dia terpaksa berbinti-kan Abdullah dalam sijil kelahirannya.

Kini Myra telah mendedahkan bahawa dia sebenarnya anak laur nikah, Jalim Othman dan ibunya. Myra mengesahkan bahawa cerita tentang perkahwinan ibu dan ayahnya – Halim Othman – sebelum ini hanya rekaan untuk menjaga air muka ibunya.

Selain itu Myra Natasya juga menyatakan bahawa Halim Othman pernah menyuruh ibunya menggugurkan kandungannya ketika mendapat tahu bahawa ibunya hamil anak Halim Othman.



“Yang paling menyakitkan hati, masa saya kecil, memang dia tak wujud.

“Bila dia dapat tahu mak saya mengandungkan saya, dia suruh mak gugurkan kandungan.

“Tapi mak nekad lahirkan saya dan lari daripada dia. Mak jumpa dengan seorang lelaki Cina dan dialah yang jaga saya dari kecil sampai besar. Semuanya dari saya masuk universiti dan barang keperluan, dia yang jaga sampai sekarang,” tegas Myra – seperti dilaporkan Harian Metro.

Dan kini Halim Othman telah mengubah alamat pada siji kelahirannya.’



Myra bengang dengan tindakan Halim Othman yang menukar alamat pada kad pengenalannya tanpa pengetahuannya. Myra nekad mendedahkan perkara itu kepada umum selepas dia kecewa dengan ayahnya.

Myra berkongsi perbualan WhatsApp dengan ayahnya.

Dia mempersoalkan kenapa Halim Othman menukar alamat pada sijil kelahirannya.

Halim Othman menegaskan bahawa dia tidak perlukan kebenaran Myra untuk berbuat demikian. Kerana tanpa genetiknya, Myra tak akan lahir ke dunia.



Myra seterusnya menyatakan bahawa dia tidak pernah peduli tentang Halim Othman. Dan mengancam akan menyebarkan perkara itu kepada media.

“Ini adalah salah, kamu berdua tidak pernah berkahwin secara sah,” tegas Myra.

Myra meletakkan kapsyen: “Tugas seorang ayah adalah melindungi anaknya daripada sesiapa yang cuba menyakitinya termasuk dirinya.”

Bercakap kepada Harian Metro, Myra menambah: “Sijil kelahiran asal tiada butiran bapa langsung. Sebenarnya tiga tahun lalu, dia ubah identiti asal saya dengan membuat sijil kelahiran baharu.



“Bolehkah begitu? Apa hak dia untuk buat perkara ini sebab selama ini sebelum saya keluarkan kenyataan di media, dia tak pernah jadi seorang bapa dan tak pernah jalankan tanggungjawabnya.

“Begitukah sifat seorang ayah? Dia juga tak nak layan saya dan terus sekat saya di Instagram. Sekarang, nama saya binti Abdullah masih kekal dan tak boleh diubah seperti dalam sijil kelahiran.

“Tapi dalam sijil kelahiran baharu ditulis butiran bapa. Sebelum ini yang asal semua butiran bapa dikosongkan dan ditulis tidak berkaitan. Sekarang dia bawa perkara ini ke JPN dan letak namanya.”

Netizen berharap kedua dua pihak berdamai. Ada juga terkejut dengan tindakan Myra Natasya yang mendedahkan dia anak luar nikah Halim Othman, kerana dianggap menyebarkan aib keluarganya.



Netizen berpendapat perkara ini dapat diselesaikan jika kedua dua pihak membuang ego masing masing.

Anak luar nikah Halim Othman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker