Izzue Islam sanggup bawa bini demi elak ‘penyondol’

Mengakui bimbang dengan pelbagai kes curang yang merajai carta cerita sensasi, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam lebih selesa ditemani isterinya, Awin Nurin ke mana sahaja dia pergi.

Jelasnya, setakat ini dia tidak pernah menerima sebarang gangguan atau cubaan mengurat lantaran kehadiran isteri di sisi pada setiap masa menyelamatkannya.

“Bagi mengelakkan situasi itu terjadi, saya selalu bawa isteri supaya tak hilang fokus sewaktu bekerja. Lagipun saya memang senang bekerja dengan Awin,” ujarnya.



Jelas penyanyi Suka Sama Suka yang sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga, hanya ingin melihat isterinya sentiasa bahagia di sampingnya.

“Kalau boleh, saya tak nak kongsi kasih sayang dengan orang lain. Nanti kalau saya kongsi dengan orang lain, dekat dia tak cukup macam mana?,” jelasnya.

Katanya, kasih sayang akan diberikan sepenuhnya kepada isteri sahaja dan tidak akan dikongsikan oleh mana-mana pihak selain dirinya sendiri.

“Andai suatu hari saya tidak bersama dengan dia, sekurang-kurangnya dia sentiasa ingat kepada saya,” katany



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker