Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT

Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, bas dari Thailand kini dibenarkan memasuki semua negeri di Malaysia dengan membuat permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menterinya, Anthony Loke, menjelaskan kebenaran kemasukan itu tidak terhad kepada negeri berhampiran sempadan sahaja.



“Perkara ini sudah diputuskan menerusi mesyuarat baru-baru ini dan mana-mana bas dari Thailand dibenarkan masuk. Mereka hanya perlu membuat permohonan kepada APAD sebelum permit sementara dikeluarkan.

“Bagaimanapun, bas dari Thailand terbabit perlu mengemukakan maklumat tertentu termasuk pakej pelancongan yang diambil, bilangan penumpang serta lokasi penginapan.

“Yang kita sekat adalah van dari Thailand kerana dibimbangi mereka masuk ke Malaysia dan akan mengambil penumpang menyebabkan industri pelancongan kita terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan fasa satu projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, hari ini.



Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu sekatan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan.

Susulan pertemuan yang dibuat Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, Kementerian Pengangkutan memberi lampu hijau apabila membenarkan bas Thailand masuk ke Kelantan bermula bulan lalu. BH

Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker