Menantu jahanam rakam suami pukul ibu kandung

Menantu jahanam rakam suami pukul ibu kandung

Seorang lelaki bertindak zalim apabila sanggup memukul dan menganiaya ibu kandungnya, meskipun wanita itu sudah lumpuh.

Malah aksi penganiayaan terhadap warga emas berusia 74 tahun itu dirakam oleh isteri pelaku yang berusia 51 tahun dan menjadi tular di media sosial.



Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku pada 10 Mei lalu, di rumah pelaku yang dikenali sebagai H, 52, di Jalan Satria, Pekan Palas Rumbai, Kota Pekanbaru, Riau.

Menerusi klip video yang tular baru-baru ini, kelihatan warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.

Polis yang mengetahui perkara itu menerusi hantaran video yang tular itu melakukan siasatan dengan segera hadir ke lokasi kejadian pada 26 Mei lalu.

Mangsa kemudiannya memberitahu polis bahawa dia dipelaku dengan teruk hingga trauma dan badannya mengalami kesan lebam dan luka.



Sementara itu, siasatan polis mendapati kedua-dua mereka mengaku bahawa perbuatan zalim itu telah berulang kali dilakukan ketika mangsa berada di rumah.

Polis kini mengenakan tindakan ke atas mereka berdua manakala warga emas itu pula sudah mendapatkan rawatan di hospital dan kini ditempatkan di rumah anak keduanya.- Sinar Harian memetik agensi. Aw

Menantu jahanam rakam suami pukul ibu kandung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker