Mira Filzah minta taja biskut?

Mira Filzah minta taja biskut?

Identiti disalahguna, pelakon Mira Filzah mendedahkan ada individu menyamar sebagai dirinya meminta tajaan biskut daripada seorang pengusaha menerusi aplikasi WhatsApp.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, helah individu terbabit terbongkar selepas dimaklumkan
jiran yang juga kenalan kepada peniaga berkenaan.



Ini apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, tak tahu lah kan. Jadi Mira rasa lebih baik Mira buat post (hantaran) dekat sini.

“Kalau ada sesiapa minta sponsor (taja) apa-apa melalui WhatsApp, itu bukan Mira,” katanya menerusi Instagram Story.

Daripada perkongsian tersebut, jirannya memaklumkan pengusaha biskut itu menerima satu mesej aplikasi WhatsApp daripada individu yang mendakwa dirinya ‘Mira Filzah’.

Namun disebabkan sangsi dan khuatir, peniaga biskut tersebut meminta jiran kepada pelakon itu mendapatkan kesahihan dengan bertanyakan perkara itu kepada tuan punya badan.



Pelakon Cinta Si Wedding Planner itu bertegas menafikan pernah memohon sebarang bentuk tajaan peribadi menerusi mesej.

Mira yang kesal namanya digunakan scammer berharap orang berwaspada agar tidak terpedaya dengan tipu helah pihak tidak bertanggungjawab.

Jadi, berhati-hati lah sis! Ingat tak semua nombor individu yang mesej anda menggunakan nama artis dan personaliti-personaliti terkemuka itu benar.

“Awas ya! Sekarang ini scammer berleluasa di mana-mana sahaja malah mereka sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan tanpa kita sedari,” katanya.



Sebelum ini sudah ramai selebriti menjadi mangsa scammer yang menggunakan nama dan identiti mereka untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah. K Online

Mira Filzah minta taja biskut?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker