Aisyah sindir Didi Astillah

Aisyah sindir Didi Astillah

BANYAK kuda perang awak, saya harap awak tahu awak disayangi.”

Demikian sindiran adik kepada Aliff Aziz, Aisyah Aziz terhadap seseorang yang ada kaitan dengan kontroversi menimpa abangnya.



Dilihat jarang membuka mulut mengulas kemelut membabitkan penyanyi dan pelakon kontroversi itu sejak kes tangkapan khalwat dengan Ruhainies, Aisyah akhirnya bersuara.

Perkongsian dalam Instagram Story itu sekali gus menunjukkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan pihak berkaitan tanpa menyebut nama sesiapa.

Saya musykil, kenapa obsesnya awak untuk nampak baik sedangkan kita semua perangai ke laut?

“Boleh tak kita mengakui kesilapan sendiri dan terus melangkah ke depan seperti orang dewasa.



Seolah-olah awak suka main permainan budak-budak sekolah, merungut, gosip-gosip,” katanya dalam perkongsian laman sosial, malam tadi.

Menurut penyanyi itu, sejak awal kontroversi membabitkan abangnya meletus dia menasihatkan semua pihak agar menyelesaikan segala masalah secara dalaman, bukannya terbuka.

Aisyah juga mengakui kecewa dengan individu yang mengakibatkan banyak lagi aib tersebar, apatah lagi nama ibunya, Siti Hafizah Sheikh Mohamad turut terpalit.

Awak silap satu sahaja, sebab nak tutup aib awak, awak buka aib orang lain. Awak ingat dia akan diam? Sekali dia buka mulut.



“Salah dia, terlalu banyak, salah awak pun ada. Sabar awak masya-Allah, sabar dia pun ada juga. Sebenarnya awak nak apa?

Awak bandingkan mak saya dengan mak orang lain, lucu. Bukankah generasi kita sepatutnya dah tak main benda banding-banding ni. Wabak merebak,” ujarnya.

Pelantun lagu Mimpi itu turut berharap individu berkenaan dapat menyelesaikan masalah perhubungan suami isteri dengan pakar.

“Kalau tak tahan, pergi dapatkan bantuan pakar terapi untuk pasangan bermasalah. Lakukan sesuatu untuk dapatkan semula kepercayaan. Apa sahaja.



Berkali-kali kita suruh awak putus. Berkali-kali awak pilih untuk terus bertahan, namun awak lupa mendalami diri awak untuk betul-betul ikhlas.

“Awak tahu yang saya dari awal cuba selesaikan masalah ini secara tertutup. Benda-benda umum ini menunjukkan kelemahan, tapi awak tak layan logik saya,” tambahnya.

Begitupun, luahan Aisyah dipercayai bagi membalas kenyataan adik kakak iparnya, Bella Astillah iaitu Didi Astillah berhubung tindakan Aliff mengeluarkan beberapa kenyataan yang disifatkan sarat putar belit.

Pada 3 Mac lalu sebutan pertama permohonan cerai Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur namun terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran Aliff.



Bagaimanapun pada 4 April, Aliff enggan melafazkan cerai di hadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun sebagai tarikh laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). HG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker