Rujuk semula dengan Syamsul, ini respons Puteri Sarah

PELAKON Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.

Memaklumkan perkara tersebut menerusi Instagramnya, Puteri Sarah menerima pelbagai pertanyaan tentang kesahihan khabar angin mengenai rujuk semula.
“Ramai DM (mesej langsung) tanya betulkah rujuk balik? Jadi bini nombor dua?

“Eh! Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita sudah ‘move on’,” kata Sarah.



Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.

“Seriuslah, makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.

“Mula-mula kata nak rujuk balik, selepas itu mengarut kata rujuk kembali demi anak-anak. Aku tak fahamlah.

“Makin diam, makin aneh-aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee,” ujarnya.



Tuduhan tersebut mula disebarkan melalui hantaran Facebook mengatakan: “Puteri Sarah semakin berseri semenjak mula berhubungan dengan… Tahun ini Sarah akan rujuk kembali dengan…”

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. -Gempak

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker