Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh

Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh

Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang ‘pilot ladder’ di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat semalam.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penemuan mangsa berusia 31 tahun itu.



Bagaimanapun, beliau berkata segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa hari ini.

“Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.

Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.

Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian. FMT



Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker