Pesawat bawa jemaah haji Indonesia terbakar

Sebuah pesawat dipercayai membawa jemaah haji Indonesia dilihat terbang rendah di ruang udara kota Makassar hari ini, lapor portal berita makasar.info.

Beberapa saksi yang enggan nama mereka didedahkan berkata, mereka melihat asap keluar daripada sayap kanan pesawat berkenaan dalam kejadian antara pukul 3.30 hingga 3.40 petang (waktu tempatan).

“Pemandangan yang menyeramkan. Saya melihat sebuah  pesawat Garuda (milik syarikat penerbangan Indonesia) terbang rendah dengan enjin pada sayap kanannya terbakar.



“Semoga pesawat berkenaan mendarat dengan selamat,” kata seorang saksi kejadian.

Seorang saksi lain melihat kapal terbang berwarna putih biru itu melintas dengan sayap kanannya terbakar selepas berlepas dari Lapangan Terbang  Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.

Tidak lama kemudian,  tersebar gambar pesawat Garuda mendarat di lapangan terbang dengan sayap kanannya  terbakar. Pesawat sama dilaporkan selamat kembali dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz



Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker