Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Pada awal Mei baru-baru ini sekumpulan lelaki memakai topeng mencuri perhatian netizen apabila memberi ayam mentah kepada orang ramai di Bukit Bintang.

Terbaharu, geng bertopeng itu kembali dengan memberikan ikan Siakap percuma kepada penduduk sekitar Taman Medan.



Menerusi video berdurasi hampir satu minit, pelbagai lapisan umur beratur untuk mendapatkan ikan Siakap yang diagihkan daripada belakang trak pikap milik @xyzteamproject.

Selain mengagihkan ikan itu, didapati geng bertopeng itu juga ada ‘memborong’ makanan daripada peniaga gerai jalanan berhampiran dan memberikan kepada orang awam yang lalu-lalang di kawasan itu.

“Ikan itu tidaklah mahal mana pun, tapi bila orang yang menerima ikan senyum buat kita rasa terharu sangat.

“Steady bro teruskan berdekah. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan semua,” komen netizen yang kagum



Orang ramai mendoakan kebaikkan buat geng bertopeng itu dan berharap agar mereka dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan membantu pihak yang memerlukan.

Terdahulu geng bertopeng menegaskan mereka adalah beragama Islam dan memberi bantuan ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan. Vc

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker