Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

#blockout2024

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Pelakon Scha Alyahya kehilangan 100,000 pengikut Instagram selepas gerakan Blockout 2024 dilancarkan dalam kalangan peminat yang memboikot selebriti didakwa tidak peka terhadap isu kezaliman Zionis di Palestin,

Berdasarkan pemerhatian, jumlah pengikut pemilik nama lengkap Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir Al-Yahya, 41, itu merosot daripada 6.6 juta apabila netizen mula menyahikut dan menyekat media sosialnya.



Berpegang kepada prinsip, Scha berasa kurang setuju dengan pendekatan sebilangan peminat yang bertindak membuta tuli dengan gerakan Blockout 2024.

“Fitnah-memfitnah, permusuhan, dengki-mendengki dan mewujudkan persepsi buruk. Itulah realitinya.

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



“Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang betul. Jangan bersikap personal (peribadi),” katanya menerusi Instagram.

Pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu juga berasa kesal dengan bangsa Melayu yang begitu mudah ingin menjatuhkan sesama sendiri.

“Sekarang kan dah bergaduh sesama bangsa sendiri. Ugut sana sini.

“Periksa hati masing-masing sebab saya pun takkan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama bila berada di situasi sama sebegini,” jelasnya lagi.



Baru-baru ini, nama isteri kepada aktor Awal Ashaari itu disenaraikan dalam gerakan Blockout 2024 selepas didakwa tidak peka dengan nasib rakyat Palestin apabila mempromosikan jenama penyokong Israel. K Online

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker