Golongan yang tidak mendapat naungan Allah di hari kiamat

Golongan yang tidak mendapat naungan Allah di hari kiamat

Hari kiamat adalah hari pengakhiran bagi seluruh kehidupan di dunia ini. Tiada sesiapa pun yang mengetahui bila hari kiamat akan berlaku dan semuanya adalah urusan Allah. Namun ia tetap pasti akan berlaku berdasarkan firman Allah dalam surah al-Hajj: 7

“Dan sungguh, hari kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya dan sungguh Allah akan membangkitkan siapa pun yang di dalam kubur”



Walaupun tidak diketahui bila waktunya namun setiap orang Islam mempunyai kewajipan untuk beriman dan percaya hari tersebut akan berlaku. Di hari kiamat di saat orang-orang beriman mendapat perlindungan Allah, namun terdapat beberapa golongan yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka berdasarkan hadis riwayat dari Bukhari dan Muslim.

Golongan tersebut ialah:

Pertama: Lelaki yang memakai kain melebihi kaki (kerana sombong)

Kedua: Orang yang suka mengungkit pemberiannya



Ketiga: Orang yang melariskan barang dagangannya dengan sumpah palsu

Keempat: Orang tua yang melakukan zina

Kelima: Raja yang suka berdusta

Keenam: Orang miskin yang sombong



Ketujuh: Orang yang bersumpah palsu di waktu Asar untuk mengambil harta muslim dengan tanpa hak

Kelapan: Orang yang mempunyai kelebihan air di padang pasir namun mencegahnya daripada orang memerlukankannya

Kesembilan: Orang yang membaiat pemimpin kerana dunia

Doa selamat dari huru hara kiamat



Doa adalah senjata bagi orang beriman. Setiap dari kita punya keperluan. Sebanyak manapun keperluan kita maka hendaklah manusia berdoa kepada Allah memohon agar segala keinginan dipenuhi. Insya Allah, pastinya Allah akan mengabulkan doanya.

Begitulah ketika menghadap hari kiamat nanti kita memerlukan keselamatan dari Allah, kerana itu dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali berkongsikan doa agar mendapat keselamatan ketika hari kiamat yang boleh diamalkan. Terjemahan doanya adalah seperti berikut,

“Ya Allah yang memiliki tali yang sangat kuat dan yang memiliki perkara yang benar, aku memohon keamanan Mu pada hari adanya ancaman (hari kiamat), aku memohon pada Mu syurga saat menghadapi hari pengakhiran (mati).

Bersama malaikat muqarrabin yang menyaksikan kebesaran Allah. Bersama orang-orang yang ahli rukuk dan sujud, yang sentiasa memenuhi janji -janjinya. Maha Suci Allah yang memiliki sifat kemuliaan. Dan Allah berbuat dengan kemuliaannya itu. Maha Suci Allah yang memakai sifat keagungan dan Allah menjadi mulia dengan keagungan itu.



Maha Suci Allah yang mana tidak patut tasbih kecuali hanya pada Allah. Maha Suci Allah yang mempunyai keutamaan dan kenikmatan. Maha Suci Allah zat yang memiliki sifat kuasa dan sifat dermawan. Maha Suci Allah yang menghitung segala sesuatu dengan ilmu Nya.” Wallahu a’lam Utv

Golongan yang tidak mendapat naungan Allah di hari kiamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker