Waris mangsa serangan Balai Polis Batu Pahat 1980 meremang bulu roma dengar insiden Ulu Tiram

Waris mangsa serangan Balai Polis Batu Pahat 1980 meremang bulu roma dengar insiden Ulu Tiram

Insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi semalam turut mengejutkan waris mangsa serangan berdarah di Balai Polis Batu Pahat pada tahun 1980.

Serangan yang didalangi pengikut ajaran sesat yang dipimpin oleh Mohd Nasir Ismail pada jam 9.30 pagi, 16 Oktober 1980 menyebabkan 23 anggota dan orang awam cedera termasuk ada yang putus jari dan pergelangan tangan.



Nurul Asia, 37, adalah anak kepada Allahyarham Masood Hamid salah seorang mangsa serangan hingga meninggalkan kesan parut berbentuk huruf U pada lengan kanan arwah ayahnya.

Menurutnya, melalui penceritaan ayahnya ketika itu, serangan berlaku ketika arwah sedang bertugas sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata termasuk pedang.

“Pada ketika itu, salah seorang daripada mereka melibas pedang dan terkena lengan ayah. Ayah cedera parah tetapi dia berpura-pura mati kerana bimbang nyawa melayang.

“Waktu kejadian saya masih kecil dan ayah tidak pernah menceritakan kejadian itu, sehinggalah dia pencen. Saya hanya tahu bila ternampak kesan parut dan dari situlah ayah mula membuka mulut,” katanya.



Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, apabila mendapat tahu kejadian serangan di Ulu Tiram menyebabkan dia meremang bulu roma.

Menurutnya lagi, insiden di Balai Polis Ulu Tiram mengingatkan kembali kejadian menimpa arwah ayahnya walaupun sudah berpuluh tahun berlaku.

“Arwah emak (Jamaiah Ahmad) antara yang paling risau kerana suaminya adalah salah seorang mangsa.

“Emak suri rumah dan ketika kejadian dia berada di rumah menjaga kami, fikirannya berkecamuk memikirkan sama ada ayah masih hidup atau tidak,” katanya.



Tidak lama selepas kejadian itu, Nurul Asia memberitahu mereka sekeluarga berpindah ke Kluang dengan Balai Polis Kluang adalah destinasi terakhir arwah sebelum bersara.

Ditanya sama ada keluarganya masih menyimpan marah atau dendam atas kejadian itu, dia berkata, mereka berserah pada Allah.

“Lagipun pelakunya sudah menerima hukuman jadi, kami tidak mahu lagi mengungkit kisah lama. Kita hendak nilai seseorang bukan senang, mungkin mereka tersilap memilih jalan lain (sesat) hingga tercetus kejadian seperti ini,” katanya.

Selain menyerang Balai Polis Batu Pahat ketika itu, kumpulan terbabit menuju ke arah Pejabat Kadi dan Pejabat Majistret untuk melakukan serangan seterusnya.



Mahkamah Batu Pahat pada ketika itu berkongsi bangunan dengan Pejabat Kadi, sedang bersidang sebelum dikejutkan dengan bunyi bising dan laungan takbir dari luar mahkamah.

Dalam kejadian itu, enam daripada 15 pengikut ajaran sesat itu berjaya ditembak mati. BH

Waris mangsa serangan Balai Polis Batu Pahat 1980 meremang bulu roma dengar insiden Ulu Tiram

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker