Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini

UNDI percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada 19 Disember ini adalah ujian besar beliau selepas melengkapkan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi senarai dengan 28 jawatan termasuk 15 menteri.

Sama ada parti-parti menyokongnya sebagai Perdana Menteri puas hati dengan pengumuman itu bergantung kepada pengiraan undi percaya menyebelahi Ahli Parlimen Tambun berkenaan atau sebaliknya setelah 222 ahli Parlimen perlu mengundi secara rahsia untuk bersetuju atau tidak.

Setakat ini, berdasarkan jumlah tidak rasmi, Anwar mempunyai 148 sokongan atau cukup dua pertiga iaitu melibatkan PH yang mempunyai 82 kerusi, Barisan Nasional (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (23 kerusi), Gabungan Parti Sabah (enam kerusi), Parti Warisan Sabah (tiga kerusi), Parti Bangsa Malaysia (satu kerusi) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu kerusi) serta dua wakil rakyat Bebas.



Perikatan Nasional (PN) pula yang memutuskan tidak menyertai Kerajaan Perpaduan mempunyai 74 kerusi Parlimen.

Jika melihat senarai Jemaah Kabinet diumumkan Anwar, PH selaku parti tunggak Kerajaan Perpaduan menguasai senarai yang membabitkan 15 menteri dan 13 timbalan menteri, diikuti BN iaitu 12 jawatan termasuk enam menteri.

GPS pula diberikan 11 jawatan (lima menteri dan enam timbalan menteri) manakala GRS mendapat enam tempat (satu menteri dan lima timbalan menteri) seterusnya Warisan memperoleh satu jawatan timbalan menteri.

Sementara itu, PBM dan KDM masing-masing yang mempunyai seorang wakil dalam Parlimen dan turut bersama Anwar tidak diberikan tempat dalam Kabinet. Begitu juga nasib sama dialami dua wakil Bebas iaitu Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Robin.



Sehingga kini, Presiden PBM, Datuk Larry Sng menyatakan kekecewaan kerana tiada wakilnya iaitu beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Julau tidak berada dalam Kabinet manakala seorang wakil rakyat KDM dan dua ahli Parlimen belum menyatakan pendirian.

Justeru, melihat pembentukan Kabinet kelmarin jelas membuktikan ujian besar Anwar adalah usul undi percaya di samping membuktikan anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri benar-benar kompeten untuk menyelesaikan permasalahan rakyat serta kestabilan politik negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menjelang sidang Parlimen berbaki sembilan hari lagi, saat-saat getir menanti Anwar bagi membuktikan mempunyai majoriti sokongan dalam Parlimen atau sekurang-kurangnya mencapai angka 112.

Sebaliknya Anwar masih mempunyai sokongan padu seandainya terdapat 10 ahli Parlimen tidak menyebelahinya, melainkan jika kurang 37 wakil rakyat menyatakan tidak menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, maka kerajaan pimpinannya tumbang.



Pengerusi PH itu masih yakin dan menaruh harapan apabila meraih sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen walaupun dikejutkan dengan kekalahan Parlimen Padang Serai dan kemerosotan undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman setelah dilantik mengetuai kerajaan pada 24 November lalu.

Persoalan juga timbul sama ada serangan berterusan PN terhadap kepemimpinan Anwar telah menghakis kepercayaan dalam kalangan rakyat atau tidak kepada Presiden PKR tersebut. Namun segalanya hanya akan terjawab pada 19 Disember ini.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)



Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker