Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) diingatkan tidak boleh leka dan berasa ‘besar kepala’ dengan kejayaan terkini koalisi itu merampas kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi dua kawasan tertangguh pada Rabu.

Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, meskipun prestasi cemerlang PN pada PRU15 berterusan dicatatkan pada dua kerusi berkenaan, ia bukan tiket untuk kesemua 74 ahli Parlimen koalisi itu mendabik dada dan merasakan kemenangan mereka atas faktor populariti diri.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menegaskan terdapat banyak faktor menyumbang kepada kejayaan luar biasa PN pada PRU15, termasuklah kekecewaan rakyat terhadap keputusan kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pasca pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Tambahnya, momentum peralihan sokongan pengundi Melayu kepada PN juga dapat dilihat pada keputusan pilihan raya DUN Tioman walaupun kerusi itu dimenangi calon BN dengan majoriti sangat tipis.

“Bila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy (Wan Ismail) mendakwa rakyat Pahang boleh menerima kerjasama BN-PH pasca PRU15, saya fikir pandangan itu silap.

“Ini kerana hasil kajian lapangan dilakukan kami mendapati sokongan pengundi BN pasca kerjasama PH-BN hampir keseluruhannya beralih kepada PN, termasuklah pengundi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman walaupun di DUN Tioman kita kalah tipis.

“Hakikatnya kerjasama politik BN-PH yang sukar diterima pengundi Melayu termasuklah penyokong UMNO sendiri memberi kelebihan kepada PN bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri tahun hadapan.

“Cuma semua pemimpin PN tidak boleh berasa leka dan besar kepala dengan perkembangan baik itu kerana rakyat pastinya mengharapkan koalisi ini menjadi juara dalam isu-isu permasalahan rakyat,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas faktor kejayaan PN memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dan hampir merampas kerusi DUN Tioman daripada tangan BN pada PRU15 yang tertangguh di dua kawasan berkenaan, Rabu lalu.

Keputusan PRU15 bagi kerusi DUN Tioman menyaksikan calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berjaya menewaskan calon PN, Nor Idayu Hashim; calon PH, Mohd Fadzli Mohd Ramly; calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Osman A Bakar dan calon Bebas dengan majoriti 573 undi.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech pada malam Rabu. - Foto Bernama
Calon PN, Datuk Azman Nasrudin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech pada malam Rabu. – Foto Bernama

 

Sementara itu, keputusan rasmi bagi Parlimen Padang Serai menyaksikan PN menerusi calonnya, Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi itu dengan majoriti 16,260 undi.

Beliau menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi.

Dengan keputusan terkini melibatkan kerusi Parlimen Padang Serai, PN menambah satu lagi wakil rakyat di Parlimen kepada 74 kerusi, selain PH (82), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) dan masing-masing satu daripada Parti Bangsa Malaysia dan Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.

Sementara itu, Mas Ermieyati turut berkeyakinan momentum positif daripada kejayaan PRU15 mampu diteruskan PN dalam mendepani enam PRN negeri membabitkan tiga negeri ditadbir PN (Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan tiga negeri dipimpin PH (Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang).

Jelasnya, keyakinan itu juga dapat dilihat hasil persefahaman jitu parti-parti dalam PN seperti Bersatu, Pas dan Gerakan yang berjaya mewujudkan kerjasama politik mantap sepanjang kempen PRU15 lalu.

Peraih undi daripada parti PN meraih undi bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada Rabu.
Peraih undi daripada parti PN meraih undi bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada Rabu.

 

“Bagi saya, penentu sebenar momentum peralihan sokongan pengundi Melayu kepada PN mampu dikekalkan sehingga PRU16 terletak sepenuhnya di bawah usaha gigih koalisi ini bagi mendekati setiap permasalahan rakyat dan kekal menjadi relevan kepada mereka.

“Pada masa sama, PN perlu membuktikan mereka mampu berperanan sebagai pembangkang secara konstruktif dan kolektif dalam sidang Parlimen.

“Paling penting, usaha penyatuan ummah tidak boleh dipadamkan dan harus diteruskan meskipun UMNO kini beralih menyokong PH,” tegasnya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker