Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data

Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, perlu melaksanakan dua pendekatan sebelum melakukan reformasi dalam sektor pendidikan.

Pendekatan pertama adalah mendapatkan sebanyak maklumat mengenai rungutan, kekecewaan, cadangan dan pandangan yang disampaikan guru untuk benar-benar menjiwai hasrat dan semangat golongan pendidik.

Pendekatan kedua adalah membuat keputusan berdasarkan fakta dan data, bukannya mengendalikan sektor pendidikan dari kaca mata politik semata-mata.



Pakar pendidikan, yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata Menteri Pendidikan tidak seharusnya mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pegawai di kementerian atau jabatan pendidikan di daerah dan negeri saja, sebaliknya terus kepada kumpulan guru melalui wakil mereka.

“Jika menteri tidak mendapatkan maklumat ini daripada guru, dikhuatiri beliau tidak dapat memahami, empati dan sokongan kumpulan pendidik.

“Saya faham penting juga menerima maklumat pegawai dan orang sekelilingnya, namun lebih penting dengan mengumpul pengalaman berdasarkan pandangan dan cadangan guru yang tidak diaturkan oleh kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri dan daerah.

“Dengan perbincangan dalam bentuk kumpulan dengan guru, saya percaya mereka dapat memberikan pandangan yang jujur dan ikhlas serta membenarkan proses semak dan imbang itu berlaku di kementerian,” katanya kepada BH.



Pelantikan Ketua Wanita PKR itu yang pertama kali menjadi Ahli Parlimen sebagai Menteri Pendidikan mendapat pelbagai reaksi ramai, termasuk yang mengkritik pengalamannya dalam bidang berkenaan.

Anuar berkata, beliau juga perlu membuat keputusan berdasarkan fakta dan data, bukannya mengendalikan sektor pendidikan dari kaca mata politik semata-mata.

Katanya, apa saja asas pertimbangan perlu berdasarkan fakta dan data walaupun ia tidak popular dan tidak dapat menarik sokongan politik.

“Apa yang penting keputusan yang dibuat perlu memberi implikasi kepada murid dan guru. Ini bukan soal untuk menang dalam politik tetapi keputusan dibuat perlu memberi kesan jangka panjang dan menjadikan murid cemerlang, hebat dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.



“Kualiti pendidikan juga perlu dalam keadaan yang baik dan ibu bapa gembira dengan kemenjadian anak-anak serta persekitaran sekolah yang menggembirakan,” katanya.

Beliau turut menitipkan pesanan supaya Menteri Pendidikan terbabit tidak hanya menjadi pengurus untuk pentadbiran dan pengurusan sektor pendidikan, sebaliknya bertindak sebagai penentuan hala tuju pendidikan dan menyerapkan roh serta falsafah pendidik, hasrat dan misi serta visi pendidikan bertaraf dunia.

“Saya percaya Fadhlina mampu membawa kepemimpinan dan pemikiran dalam pendidikan walaupun dikira orang baharu sebagai Ahli Parlimen,” katanya. BH

Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker