BN belajar daripada kesilapan – Zahid

BN belajar daripada kesilapan – Zahid

Barisan Nasional (BN) telah belajar daripada kesilapannya selepas mengalami kekalahan besar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), apabila hanya memenangi 30 kerusi, kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya belajar dari kesilapan. BN dan UMNO belajar dari kesilapan,” kata presiden Umno di ceramah Pakatan Harapan (PH) bagi membantu kempen calon Padang Serai, Sofee Razak, malam tadi.

“Pada pilihan raya ke-14, kita banyak duit tapi duit bukan segala-galanya walaupun segala-galanya perlukan duit,” katanya yang merujuk kekalahan BN pada 2018, buat kali pertamanya dalam tempoh 61 tahun.

Zahid turut menjelaskan mengapa BN memilih untuk bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan dan bukannya berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana katanya, BN yakin bahawa PH pimpinan Anwar Ibrahim itu adalah “rakan kongsi politik terbaik”.

Beliau menyifatkan PKR, DAP dan Amanah sebagai “sahabat sejati” selepas menganggap mereka sebagai musuh sebelum ini.

“Dulu biru muda tu kita alergik (bendera PKR), tapi alergik itu ada ubatnya. Ubatnya adalah keikhlasan untuk bekerjasama sebagai satu gagasan yang kuat.

“Maka atas dasar itulah kita harus lupakan perbezaan antara kita.

“Baru dua minggu lepas saya kutuk mereka (PH), mereka kutuk saya. Namun, ada pepatah mengatakan “there is no permanent friends and no permanent enemies” (tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal) dalam politik,” katanya.

Zahid memuji Anwar dengan mengatakan bahawa rasa kagumnya terhadap perdana menteri itu telah dihidupkan semula apabila melihat beliau mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertama semalam.

Beliau juga gembira Anwar telah mengurangkan jumlah cabutan khas nombor ramalan 4D daripada 22 kepada lapan mulai tahun depan, seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN yang lalu. FMT

BN belajar daripada kesilapan – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker