Bekalan Ikan Kurang, Dua Menteri Amanah Jadi Perhatian

Oleh Norzahira

PILIHAN Raya Umum ke 15 (PRU15) sudah berlalu. Kini masa untuk bekerja. Segala janji yang dibuat sedang dituntut oleh rakyat. Antara isu yang menjadi perhatian ketika ini adalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup serta bekalan makanan keperluan yang mencukupi.

Rungutan mula kedengaran berkenaan bekalan keperluan asas seperti ikan, gula dan sebagainya. Malah kenaikan harga ikan juga semakin membebankan rakyat. Perkara ini dilihat sebagai kegagalan dua menteri dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang sepatutnya memantau dengan teliti isu bekalan dan kenaikan harga makanan asas rakyat.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu telah diberi tugas sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sementara Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Ini bermakna dua menteri Amanah ini bertanggungjawab sepenuhnya memantau isu bekalan dan kenaikan harga ikan yang semakin berleluasa serta tidak terkawal. Alasan musim tengkujuh dilihat sudah tidak relevan. Rakyat mahukan penyelesaian bukannya alasan.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh beberapa pihak, sejak pilihan raya umum yang lalu, bekalan gula sangat susah untuk kita dapatkan.

Harga ikan menyaksikan peningkatan sejak dua minggu lalu. Tambah mengecewakan lagi apabila bekalan ikan juga semakin berkurangan.

Rakyat berharap agar kerajaan baru dapat membantu rakyat mengatasi dua perkara utama iaitu kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang. Kementerian perlu kerap turun padang melakukan tinjauan.

Menurut sumber, beberapa pihak mengehadkan pengeluaran barang runcit bagi menaikkan harga. isu seperti ini perlu dipantau dengan lebih ketat.

Apa yang pasti, kenaikan harga ikan dan kekurangan bekalan ikan menyebabkan dua menteri dari parti Amanah kini berada dalam perhatian rakyat.

Jika mereka gagal mengatasi perkara ini maka mereka tidak layak memegang portfolio tersebut. Lebih baik jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker