BN, UMNO jadi mangsa dendam politik jika tidak sertai kerajaan perpaduan

BN, UMNO jadi mangsa dendam politik jika tidak sertai kerajaan perpaduan

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO didakwa akan menjadi mangsa dendam politik lawan sekiranya tidak bersetuju menyertai kerajaan perpaduan.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, banyak berkorban selepas parti itu kalah teruk pada 2018 termasuklah memainkan watak penting kepada penubuhan kerajaan perpaduan.



“Jika tidak kerana keputusan Ahmad Zahid untuk bersetuju dengan cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) , mungkin pemimpin BN dan UMNO akan terus menjadi mangsa dendam politik pihak lawan terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Mungkin ramai lagi orang UMNO akan jadi mangsa pendakwaan politik seperti yang dihadapi oleh Ahmad Zahid sendiri. Sepatutnya UMNO dan BN berterima kasih kepada Ahmad Zahid kerana menyelamatkan parti dari kehancuran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, Ahmad Zahid mengangkat sumpah jawatan Timbalan Perdana Menteri I, manakala Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik Timbalan Perdana Menteri II.

Kerajaan perpaduan mempunyai 28 menteri adalah Kabinet lebih kecil berbanding 31 Jemaah Menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini.



Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai tidak kisah jika ada pihak yang melabelnya sebagai ‘budak’ Ahmad Zahid.

“Tidak kurang juga ada pihak yang menuduh saya bodoh kerana masih mengikut Ahmad Zahid. Namun satu benda yang saya ingat adalah jasa besar Ahmad Zahid.

“Beliau sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Beliau tak pernah lupakan jasa Allahyarham ayah saya (Tan Sri Mohamed Rahmat) dan beliau tak pernah tinggalkan saya biarpun berada di puncak kuasa.

“Beliau jugalah yang menyelamatkan UMNO daripada dikuburkan oleh bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika bukan kerana Ahmad Zahid tamakkan kuasa dan hanya fikir kepentingan diri, tahun 2018 mungkin menjadi sejarah tamatnya riwayat UMNO,” katanya. BH



BN, UMNO jadi mangsa dendam politik jika tidak sertai kerajaan perpaduan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’



Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker