Saman fitnah: DAP mohon maaf kepada bekas KM Melaka

Saman fitnah: DAP mohon maaf kepada bekas KM Melaka

DAP dan bekas penolong setiausaha parti itu, Khoo Poay Tiong telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik kerana memfitnah bekas ketua menteri Melaka itu.

Penghakiman untuk menyelesaikan tindakan sivil oleh Rahim itudicatatkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee.



Ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, pagi ini, peguam Rahim, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mengesahkan keputusan perkara itu. Peguam Ramkarpal Singh mewakili Khoo dan DAP.

Menurut salinan penghakiman persetujuan, Khoo dan DAP mengakui bahawa dakwaan yang terkandung dalam beberapa artikel adalah “tidak berasas dan tidak benar”, dan menyatakan kekesalan terhadap penerbitan itu.

Khoo dan parti itu “memohon maaf tanpa syarat” dan telah mengeluarkan artikel tersebut serta berjanji untuk tidak menerbitkannya lagi atau membuat sebarang dakwaan yang serupa.

Rahim sebagai balasannya berjanji untuk menarik balik saman sivil terhadap Khoo dan DAP.



Sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan, plaintif Rahim turut diberikan kos sebanyak RM180,000.

Pada 17 Sept 2020, Rahim memfailkan saman terhadap Khoo dan DAP kerana didakwa memfitnahnya dalam beberapa artikel yang mengaitkannya dengan pelbagai skandal. Mk

Saman fitnah: DAP mohon maaf kepada bekas KM Melaka


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker