Serangan buaya, bapa parah anak hilang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun hilang, manakala bapanya cedera diserang buaya ketika mendayung sampan di sebuah kawasan pantai dekat markas operasi Pasukan Polis Marin (PPM) di Lahad Datu.

Kejadian kira-kira 10 pagi tadi itu berlaku ketika dua beranak yang sedang mendayung di kawasan pantai terbabit diserang seekor buaya air masin lebih 3m.

Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit cedera di beberapa bahagian badan dan kepala, manakala anaknya diheret reptilia itu ke dalam laut.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, enam anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.25 pagi.

“Lelaki dewasa terbabit berjaya diselamatkan orang awam, namun mengalami kecederaan parah akibat serangan haiwan berkenaan, manakala kanak-kanak lelaki itu masih hilang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat itu turut dibantu anggota polis, PPM dan Kementerian Kesihatan.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker