Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod

Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod

Dakwaan bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan bermula 2020 hingga 2022 adalah tidak benar, tegas Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi hantaran di Facebook, bekas perdana menteri itu berkata, semua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan ini tidak benar,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau mengulas satu dakwaan di Twitter kononnya perbelanjaan berjumlah RM620 bilion bermula 2020 hingga 2022 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkod.

Mengulas lanjut, Ismail berkata nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion di mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan Kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).

“Perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telahpun diluluskan Parlimen sebulat suara,” katanya lagi. FMT

Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker