10 beranak terperangkap akibat kepala air

10 beranak terperangkap akibat kepala air

Sekeluarga 10 beranak menghadapi detik cemas apabila terperangkap di tebing sungai akibat fenomena kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali di Hulu Selangor semalam.

Ketika kejadian, mereka terdiri daripada empat orang dewasa dan enam kanak-kanak itu sedang berkelah sempena cuti umum hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pukul 4.36 petang.

Bomba kemudiannya menghantar sebuah jentera dan tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu ke lokasi kejadian dan sampai jam lebih kurang pukul 5.07 petang.

“Mengikut pemerhatian di lokasi kesemua mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan dan dua lelaki serta dua wanita dewasa sekeluarga telah terperangkap di seberang sungai tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kesemua mangsa dikenalpasti identiti mereka sebagai Jamali Hamzah, 63; Mohd Shahdan, 37; Siti Hajarul Aswa,37; Sameer Imran,11; Fateh Aryan, 9; Zahra Safiyya, 7; Siti Zulaikha, 25; Amirul Ashraf, 9; Qalisya Damia, 7 dan Hafiz Ramadhan berumur enam tahun.

Tambah Norazam, kesemua mangsa berasal dari Sungai Buloh itu terperangkap semasa mandi selepas berlaku fenomena kepala air yang mengalir deras dari hulu sungai.

Operasi menyelamat dan mengeluarkan mereka daripada seberang sungai itu telah digerakkan oleh anggota bomba dan kesemua mangsa telah dibawa keluar oleh anggota bomba dengan selamat.

“Akhirnya kesemua mangsa berjaya dipindahkan dari seberang dengan selamat pada pukul 8.21 malam tadi. Pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah pulang ke rumah mereka,” katanya. MG

10 beranak terperangkap akibat kepala air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker