Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar

Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar

Transparency International Malaysia (TI-M) mahu perdana menteri yang baharu dilantik, Anwar Ibrahim, dan kerajaannya segera menepati janji manifesto dijanjikan.

Presiden TI-M Muhammad Mohan, berkata “alasan, kelewatan atau pusingan-U” tidak sepatutnya ada dalam menepati ikrar pilihan raya Pakatan Harapan (PH), terutamanya yang tertangguh berikutan kejatuhan kerajaan PH, pada Februari 2020, selepas 22 bulan di Putrajaya.



Beliau merujuk pembentangan akta pembiayaan politik, pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya, menjadikan semua wakil rakyat dan pegawai kanan awam membuat pengisytiharan aset dan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Muhammad turut menggesa jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengambil alih pelantikan ketua agensi kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan secara rasmi sebagai suruhanjaya di bawah Perlembagaan.

“Pembaharuan anti-rasuah dan tadbir urus (ini) mesti dilaksanakan tanpa bertangguh atau (dilaksanakan tanpa) melemahkannya,” katanya dalam kenyataan.

“Selain itu, semua sasaran ditetapkan dalam Pelan Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACP) mesti diselesai atau dimasukkan semula tanpa digubah menjadi lebih lemah atau dijenamakan, sebagai mana yang berlaku kepada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).



“Kami mengalu-alukan lembaran baharu dalam politik Malaysia ini, tetapi masyarakat sivil dan rakyat akan memantau dengan teliti prestasi kerajaan perpaduan dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.”

Muhammad turut menggesa Ahli Parlimen supaya mengutamakan rakyat berbanding kepentingan parti dan mengundi di Dewan Rakyat dengan pertimbangan “logik yang kukuh”, termasuk memikirkan masa depan negara. FMT

Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom



Kami tak jual prinsip parti – Azalina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker