Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf akhirnya membuka mulut bagi memberi penjelasan mengenai satu video yang mengaitkan namanya dengan aktiviti yang tidak senonoh.

Kata Aedy, dia hanya manusia biasa dan akan melakukan kesilapan sepanjang kehidupan.

Dia walau bagaimanapun enggan mengulas terlalu lanjut mengenai isu itu kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan orang luar selain ibunya yang tersayang.

Saya hanya manusia biasa, datang dari keluarga yang biasa-biasa. Maksud saya, bukan warak, membesar di ibu kota dan menjalani kehidupan yang sama seperti kebanyakan orang lain.

Sejujurnya saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa. Saya tidak berhutang dengan sesiapa, kecuali ibu saya.

Tambahnya lagi, ibunya mengetahui kemelut yang berlaku dan menghadapi situasi itu dengan tenang selain memintanya untuk berhati-hati selepas ini.

Aedy juga memaklumkan bahawa dia akan lebih muhasabah diri dan menjaga sikap berikutan statusnya sebagai anak seni di dalam industri hiburan. Bn

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker