Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Nama penyanyi 80an, Datin Suliza Salam, 57, terpalit dek kerana kontroversi anak lelakinya, Ismail Izzani susulan tular satu video aksi sumbangnya baru-baru ini.

Suliza turut diserang di media sosial dan dikecam ramai netizen di mana dia dituduh tidak pandai menjaga anak serta tidak menegur kesalahan Ismail apatah lagi ini bukanlah kali pertama anaknya terpalit dengan kontroversi tidak elok.

Difahamkan, Suliza tampi membalas komen biadap daripada netizen yang menurutnya seronok mengutuk dan melemparkan fitnah terhadap dia dan keluarganya.

Katanya, hanya Allah yang mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan seseorang individu, bukannya menerusi kata-kata orang lain.

Nak, kamu nanti belum tahu juga kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tahu. Allah Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa tetapi Allah. Fahamkan itu ya.”

Suliza bagaimanapun berkata dia hargai segala teguran orang ramai serta mendoakan agar mereka dirahmatiNya serta dijauhi daripada segala aib dan musibah.

Terdahulu, Ismail menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular satu video menunjukkan seorang lelaki yang didakwa dirinya berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab malam. Bn

Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker